Halaman

Isnin, 17 November 2008

1.7 Aku dan periuk nasi..

THE PSYCHO I - by Sue Anna Joe.

Buka tudung.. tengok2 kosong.. Masuk beras, masuk air, ikut sukatan seperenggan jari lebih tinggi sedikit dari paras mendatar beras tersebut. Suis ditekan, jika tidak menggunakan periuk moden maka api dapor perlu dihidupkan.Beras ditanak sehingga menjadi NASI.Nasi adalah ruji bagi kita, namun luar biasa nikmatnya bagi Si pengemis dijalanan, mereka serba kekurangan, namun mereka adalah warna yang turut mencorak sebahagian dari kehidupan di Kotaraya.

Aku tak gurau, kalau tak percaya pergilah... Saksikanlah dengan mata kepala korang sendiri. Bawah jambatan dan tepian longkang, dipersisir jalan, disepak diterajang. Manusia atau binatang ? So Think!! Berapa gaji korang sekarang? Pada yang masih belom bekerja pula, berapa pula belanja korang? betul katanya semua ditanggung Beres tapi oleh siapa? APA? tak pernah terpikir? tak pernah pulak nak berkira2? Sudahlah !!!

AKu tak nafikan ramai yang hidupnya sememangnya senang, tak pernah paham sebenarnya apa erti kesusahan, tak akan paham apa sebenarnya maksud poket yang kosong, sebab mereka tak pernah .. mereka just tak pernah.. so nak bagitahu macam mana lagi.. they never know.. they never learn and they will NEVER UNDERSTAND !!!

Tua ATAU muda, Kaya ATAU miskin.. bersyukurlah walau dimana jua kita berada. Yang penting ilmu yang ada di Dada, Jangan tamak dan janganlah pula lupa dimana kita berpijak.Dunia bukanlah segala-galanya.

Entry aku kali nie bukan nak hina sesiapa, bukan nak kondem sesama manusia. Cuma desakan minda yang mahukan sedikit kebebasan untuk berpikir di luar kotak kesedaran. Semoga sentiasa ingat mengingati sesama manusia bahawa kita BUKAN pencipta tetapi kita diCIPTA, maka setelah dicipta kita dikurnia periuk nasi untuk dijaga. REZEKI sememangnya telah ditentukan olenNYA. Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada.

Entri aku entri bersahaja dan aku taip nie pun secara tak sengaja. Untuk diri sendiri, untuk mereka dan untuk semua.

Aku dan periuk nasik. Keletap..Owhhh dah masak.. meh makan meh. :)

*** KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT ***
DITAJA OLEH MESIN MARUKU

2 ulasan:

six_6pm berkata...

bes gak citer nih,,,
hehehehe,,,
<--walau kurang paham

pstt: beras subsidi dah dimansuhkan ker??
hukhukhuk

kuchalana berkata...

bro.. there is things to discuss..

TEKUN offer aku tuk expand street it to become franchise. They will pump a money for anyone really interested to join the concept. So far they oledi have few enterprinour under their list to be approach. If u have time, bleh kita discuss hal ni.

Ole..