Halaman

Khamis, 6 Jun 2013

EXPECT NOTHING AND YOU WILL NEVER BE DISSAPOINTED



Belajar dari kesalahan...

Itu kata-kata orang tua yang kadang2 kata orang, boleh meredakan keadaan atau situasi sesorang yang kusut masai.

Berbalik pada kata-kata, di atas:-

Apa sinonimnya kata-kata itu dengan aliran kehidupan yang sedang kita lalui...
Pandangan yang berbeza-beza dari banyak perspektif, ada yang merenung ke arah kekeluargaan, ada pula yang merenung ke arah peribadi, ada yang merenung ke sudut perniagaan, tak ketinggalan yang mungkin mengolah kata-kata tersebut dari sudut kepimpinan dan tatacara kerjaya.

Walau apa jua cara kita mendefinasikan kata-kata tersebut pada pandangan aku pula ..ungkapan "EXPECT NOTHING AND YOU WILL NEVER BE DISSAPOINTED" lebih menasihatkan kita supaya menjadi orang yang lebih jujur dan amanah dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian kita.

Dengan melaksanakan aktiviti dengan jujur dan amanah, kita harus pula menitit berat kan kesanggupan kita mengambil tanggungjawab yang berat terhadap sesuatu tugas yang telah di amanahkan kepada kita.

Semakin berat tanggungjawab dan amanah yang diberikan ...semakin kuat lah kita perlu mengadaptasikan jati diri supaya tidak terpesong sehingga menjadikan kita orang yang tidak ikhlas.

Keikhlasan dalam perlaksanaan akan lebih memberikan kita keberkatan dalam setiap tugas yang kita lakukan.

Sebagai menutup kesimpulan kata-kata yang aku paparkan hari ini.. aku ingin menambah sepotong lagi ayat yang dapat dikongsi bersama dengan pembaca blog di sini..

"DALAM SETIAP MALASAH YANG KITA LALUI, KITA AKAN SENTIASA TERTANYA-TANYA KENAPA IANYA TERJADI ??"

Jawapannya:
"SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA JAWAPANNYA"

Kalau tidak hari ini, mungkin esok pagi, mungkin lusa dan mungkin dalam 10 tahun akan datang..kita akan menemui jawapannya..

Sekian.