Halaman

Isnin, 3 November 2008

1.1 WWW

episod www...

Semua bangun..
tak payah..semua boleh duduk.
Ketua darjah datang ke depan sekarang.
Amik menda nie dan edarkan kepada semua orang.

Subjek dikesan (menunggu intro daripada cikgu)

Perbezaan antara yang terbaik "web browser" masakini



Fakta
Melebihi 1.4 billion orang dihubungi atau terhubung pada rangkaian internet WWW pada setiap hari. Dengan angka yang begitu besar dunia tanpa batasan ini atau pun lebih dikenali dunia MAYA kini bukan hanya digunakan untuk berkomunikasi tetapi juga tempat untuk kegiatan jual-beli yang cukup meluas.

Apa dia?
Terpulang pada individu masing-masing:
klik-copy-paste-open new windows-bookmark-save as.
Aksi di atas sudah jadi sinonim bagi mereka yang biasa dengan dunia internet.
Kita teruskan..
Terdapat banyak 'web browser' yang disediakan untuk kemudahan kita melayari internet pada masa kini. Cuma tahukah kita perbezaan yang terdapat diantara kesemua 'web browser' ini?

Perbandigan
Entry kali ini akan mendedahkan serba sedikit perbandingan yang dapat kita ambil sebagai rujukan untuk memilih 'browser' yang lebih menepati ciri dan citarasa anda.

Senarai web browser yang terlibat dalam ujikaji yang akan saya dedahkan disini:

Google Chrome Beta
buatan Google :: url muat turun : www.google.com/chrome
Intro
- Keluaran terbaru oleh google.
- Antara yang terpantas dan powerful.

Ciri & Kesesuaian
#Mengimplementasikan fungsi "multi-threaded system" dimana setiap tab halaman yang dibuka diproses secara individu dan mengagihkan sumber memori "memory allocation" secara berasingan.
#Tab halaman yang ditutup akan melepaskan semula memori yang digunapakai oleh komputer menjadikan ia tidak mudah untuk crash secara total. Tidak seperti browser yang lain dimana mudah jadi keras/kaku semasa ada problem dengan proses dan akhirnya kita perlu tutup , stop keseluruhan browser dan restart, kita akan kehilangan halaman yang diperlukan, perlu masuk dan taip semula kesemua halaman yang telah hilang tadi.
#Elemen dalam CHROME mempamerkan ciri-ciri yang tersusun rapi dan kemas, tidak berserabut dan ruang pamer halaman web yang luas.
#Chome ada sedikit masalah jika anda masuk ke halaman You Tube, di mana video tak dapat nak gerak/keluar/jalan atau berfungsi sepenuhnya. Menyebabkan anda akan sakit otak dan terus klik 'x'.

Skor
Prestasi Kelajuan: 8/10
Fungsi : 8/10
Persembahan : 9/10
Keseluruhan : 8.3/10
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Opera 9.62

buatan opera software :: url muat turun : www.opera.com/download

Intro
Yang pasti ia bukan buatan Malaysia. Jatuh dalam kategori yang ke-2 terslow berbanding dengan browser lain.

Ciri & Kesesuaian
#Fungsi istimewa iaitu "Speed Dial" membolehkan kita agihkan sehingga 9 slot yang berbeza. Bermakna anda tak perlu memenatkan jari untuk menaip..cuma klik pada bookmark yang dah dipamerkan.
#Fungsi kedua yang agak menarik boleh didapati pada Opera ini ialah penggunaan Mouse untuk ke halaman seterusnya. Cuma Hold button kanan dan drag ke kiri.. Nah!! terus dia bawa anda masuk ke halaman NEXT atau pun PREVIOUS.
#Peningkatan dari segi pengurangan kuasa bandwith juga telah di tingkatkan dalam versi kali ini.

Skor
Prestasi Kelajuan: 7/10
Fungsi : 8/10
Persembahan : 8/10
Keseluruhan : 7.7/10

ADUS...ENTRI SETERUSNYA DIBAWAH INI AKAN DIUPDATE DALAM JANGKA MASA TERDEKAT [aku ngantok sangat nie..]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Safari 3.1
buatan apple :: url muat turun : www.apple.com/safari

Intro
Bermula dari open source system dari keturunan KHTML dan juga Konquerer yang digunakan pada sistem UNIX. Jatuh ditempat ke 3 selepas Chrome dan Opera. Kini Safari diterajui oleh APPLE.

Ciri & Kesesuaian
#Menjana imej yang berkualiti dimana ia menjalankan proses rendering pada font.
#Fungsi browser yang melepaskan semua cache memory sebaik sahaja browser ditutup.
#Penampilan yang agak plain and dull.

Skor
Prestasi Kelajuan : 7/10
Fungsi : 6/10
Persembahan : 8/10
Keseluruhan : 7.0/10

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Internet Explorer 8.0

buatan microsoft :: url muat turun : http://www.microsoft.com/windows/internet-explorer/download-ie.aspx

Intro
Pada yang pernah menggunakan browser selain dari IE8, pasti akan setuju dengan pendapat
saya. IE8 adalah browers yang paling letih untuk dipakai. Random errors yang tak menentu. Apatah lagi lack of sekuritinya yang asyik kene hack.

Ciri & Kesesuaian
#Rasanya yang ini semua orang dah pernah pakai..jadi tak payah lah nak komen banyak.
Skor
Prestasi Kelajuan: 3.5/10
Fungsi : 7/10
Persembahan : 8/10
Keseluruhan : 6.2/10

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Flock 2.0

buatan flock :: url muat turun : www.flock.com/download

Intro
Lebih dikenali sebagai browser yang berciri kan komuniti dan kemasyarakatan. sebab apa? sebab didalam nya telah diintegerasikan fungsi-fungsi untuk berkomunikasi. Myspace,Pownce,Gmail,Ymail,Blogger(blog editor yang paling aku suka) dan mcm2.

Ciri & Kesesuaian
#Sesuai untuk mereka yang suka ada macam2 akaun sosial, seperti yang di mention kan tadi.
#Fungsi untuk blogger buat editing dan post juga diintergerasikan.
#Kemudahan capaian mana2 akaun dengan cepat tanpa perlu 2-3 kali masukkan username mahupun passwod.

Skor
Prestasi Kelajuan: 7/10
Fungsi : 8/10
Persembahan : 9/10
Keseluruhan : 8/10

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Firefox 3

buatan mozilla (open source community) :: url muat turun : http://en-us.www.mozilla.com/en-US/firefox

Intro
The best among the best..dengan kelajuan yang aku rasa mengatasi browser2 yang lain. Memanglah dah asal usulnya pun dari open souce community punya kerja.

Ciri & Kesesuaian
#Sesuai untuk programmer2 web..sebab banyak disediakan plugin yang cukup berguna.
#Tahap security yang memberansangkan.
#Cuma kadang2 suka juga melekat bila ada something wrong dengan aplikasi dijalankan dibawah JAVA.

Skor
Prestasi Kelajuan : 7.5/10
Fungsi : 8/10
Persembahan : 8/10
Keseluruhan : 7.8/10
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kring.....(loceng rehat pun berbunyi)
Sekian.

2 ulasan:

HANA bUdaK cEkElAt berkata...

dalam banyak-banyak ni, suka pakai mozilla, IE lembap gile
mari kita pakai mozilla ;p ;p

zoe aka Z3ro_GravityX berkata...

mozilla tue adik dia firefox..ati2 pakai..silap pakai abis bakar semua..:)