Asstagfirullahalazim... tup..tup ja baru aku perasan rupanya dah 2 tahun tak update lansung blog nie..sardiss..sardiss..







Dah masuk minggu kedua aku install SUSE Linux 11.1 dalam PC nie. Tahap kesabaran hampir hilang disebabkan aku menggunakan PCI Express NVIDIA GeForce 9400GT dimana bagi pengguna Operating System Linux telah sedia maklum bahawa NVIDIA mengeluarkan Hardware proprietary, dan pengunaan Driver kegunaan dalam open source system amatlah terhad kepada beberapa model tertentu sahaja.
Disini akan dipaparkan cara-cara mengkongfigurasi NVDIA card untuk digunakan dalam operating system SUSE Linux 11.1 bagi menjalankan fungsi KWIN dimana KWIN merupakan module untuk memaparkan animasi GUI 3D dalam Linux.
Untuk review tentang Open SUSE 11.1 sila ke halaman ini : http://www.opensuse.org/en/
Dibawah ini dinyatakan langkah untuk install driver tersebut:
Langkah 1:
Semak status driver anda.
Start->Applications->System->Configuration->Configure X11 System (SaX2).
Langkah 2:
Seterusnya ikuti langkah untuk mendapatkan Driver NVDIA anda di halaman ini :http://en.opensuse.org/NVIDIA
Ulang langkah 1 untuk memastikan driver telah berjaya dimasukan.Setelah berjaya maka bolehlah anda mencuba untuk menjalakan fungsi 3D yang disediakan.
Untuk kongfigurasi 3D desktop :
Start->Applications->Configure Deskop->Desktop
Disini anda bolehlah mencuba fungsi-fungsi 3D mengikut citarasa sendiri dengan memilihnya pada Tab All effects yang disediakan.
Berikut adalah 3D box yang telah berjaya dijalankan.
p/s:
Untuk mengelakkan sebarang permasalahan semasa menggunakan open source suse ini adalah disarankan supaya pengguna menggunakan grafik kad keluaran ATI, ini adalah kerana ATI ada menyediakan driver untuk digunakan dalam penggunaan open source system.
Sebelum mengakhiri posting ini dibawah berikut adalah url untuk mendownload codec bagi pengguna yang mahu memainkan lagu2 mp3 dan juga DVD movie pada sistem Linux anda.
http://opensuse-community.org/codecs-kde.ymp
Sekian.
Selamat Mencuba.