Halaman

Khamis, 18 Jun 2009

2.3 Linux yang mana satu nie?


Salam...
Biar bersawang tapi masih kaya dengan pengisian ilmu..hwa hwa hwa.. gitulah kira-kiranya konsep blog aku yang agak cacat fizikalnya kerana jarang2 dikemaskini.

Tak kira..aku tetap nak tulis apa yang aku rasa boleh dikongsi bersama.

Bermulalah kisah:
Peningkatan dan persaingan dalam pengeluaran distro-distro linux semakin meningkat, bagi pengguna baru secara tak lansung ini akan mengelirukan.

Kenapa perlu ada begitu banyak jenis LINUX?, kenapa tidak 1 jenis sahaja? Bukan korang jer konpius..dengan aku sendiri pun turut terjebak dan dilema mana satu LINUX aku nak pakai ni? Bagi aku yang tak berapa nak bijak sgt nie maka setelah diGoogle sana dan sini, inilah yang aku dapat rumuskan.
Ruangan kali ini akan mendedahkan kenapa dan apakah perbezaan antara satu sama lain... teruskan membaca.

Bagi memudahkan pemahaman secara umum, kita cungkil 10 jenis distro antara yang paling popular untuk didedahkan disini.

1. Ubuntu
2. Linux Mint
3. PCLinuxOS
4. Slackware Linux
5. Gentoo Linux
4. FreeBSD
6. openSUSE
7. Fedora
8. Debian GNU/Linux
9. Mandriva Linux
10.CentOS

Ok, berikutnya dibawah adalah kategori bagi setiap penggunaan LINUX tersebut.

Ubuntu, Linux Mint dan PCLinuxOS
- Diklasifikasikan antara yang termudah untuk digunakan oleh golongan yang baru dan mahu berjinak dengan LINUX.
- Tidak memerlukan kepakaran atau ilmu yang mendalam tentang linux sebelum dapat menggunakannya.

openSUSE,Fedora,Debian GNU/Linux dan Mandriva Linux
- Diklasifikasikan antara distro pertengahan
- Sesuai untuk golongan yang separa mahir tentang Linux.

Slackware Linux,Gentoo Linux dan FreeBSD
- Diklasifikasikan antara distro yang kompleks dan rumit.
- Memerlukan kepakaran mendalam tentang LINUX sebelum dapat mahir secara efektif.
- Antara edisi yang stabil dan meluas penggunaannya oleh golongan yang mahir (expert).

CentOS
- Diklasifikasikan antara distro edisi Enterprise.
- Sesuai bagi mereka yang pentingkan kestabilan sistem, ketahanan dan jaminan servis yang berpanjangan.
- Ia juga mempunyai fungsi-fungsi yang menarik disertakan juga dengan aplikasi-aplikasi bantuan yang menyenangkan.

Ikuti sambungan episod ini untuk ketahui secara terperinci kebaikan dan keburukan bagi setiap distro-distro yang disenaraikan tersebut.
-yooo!

Tiada ulasan: