Halaman

Jumaat, 19 Disember 2008

1.9 Hells nothing wrong..Its A mission???

Get a PRESS..get a REPORTER..get it ON AIR..no matter how you spread it out, you will get the revenge for it !!! Itu nada sogok jer. Nada orang yg semangatnya berkobar-kobar nak mempertahankan bahawa segala tindak tanduknya betul disamping untuk mendapatkan perhatian dari orang ramai.

Adakalanya perlu suara2 dari media semasa untuk meluahkan segala tindak tanduk yang di fikirkan benar. Why not..but still lor.. use the proper channel of course. Ini tidak, digunanya surat layang untuk porak perandakan orang..apa mission? Now kan dah susahkan diri sendiri, JANGAN..JANGAN suka-suka nak pijak orang. Kau yang tak dapat perhatian, just deal with yourself, dont drag others into the matters.

Bukan suara marah, bukan suara memprotes, hanya suara untuk membuka selera makan. Dah 2 hari tak dapat nasi, asal tengahari jer bantai KFC. Tak ke kaya Tok Janggut tue !!!
Ini bukan kesah orang makan ayam, ini kesah orang makan orang. Orang yang dikategorikan hidup tak senang kalau tak dapat layanan sempurna dari masyarakat sekeliling. Kalau layanan tue untuk memper eratkan silatulrahim takpe, ini idak, menanti layanan yang pada dasarnya hanya nak penuhkan kocek sendiri.

Kes nie mula terjadi tanpa disedari, sebuah organisasi besar dengan nama nya yang GAH! memiliki menara berkembar tertinggi di MALAYSIA. Aku kecilkan skop terus menjurus kepada satu organisasi kecil yang wujud didalamnya. Kebetulan aku pula dah lama tak jejak kaki kat situ, tetiba saja dapat 1 panggilan. "Bro aku nak minta tolong.. kes besar, project owner n Head of Security Department request utk jumpa kau, please be here as soon as u can, Tq bro!"

Lambat sikit dari Ambulan, cepat sikit pada Bomba..12.33H aku terpacak depan Burger King tempat perjumpaan hujung arah belakang sekali, sudut korner sebelah kanan. 2 Big Boss + 1 member + aku. Kali nie Jr. Whooper dah memadai untuk aku isi ruang2 sengsara sejak aku tak ambil breakfast pagi tue. Nak letak sos ke? tak perlu..sbb tiap kali aku berada di mana2 restoran fast food ,sudah memadai bagi aku sos yang dah ada pada Whooper tersebut. "Save The Sauces Save The World".

Perbincangan dimulakan, kinda suprise, but surely, still not really. To get a picture aku terangkan sikit situasi dan objek yang terlibat secara lansung dalam misi ini. Kalau di Suria KLCC sekuriti yang jaga disekeliling uniformnya kaler puteh. Tapi disini kes adalah melibat kan maruah dah identiti si pemakai Uniform berwarna Biru, yang tiap hari kita nampak berlegar di sekitar menara berkembar, tiap kali membantu dan memerhati tiap penjuru bangunan tersebut bagi memastikan moto keselamatan dan keamanan disitu terjamin.

Agak terang objek yang aku dedahkan ini, malahan kali ini maruah adalah melibatkan kepala(Head) yang teratas dan bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera uniform biru tersebut. Kehadiran surat layang yang menyalakan api pada setiap kerusi utama , menjadikan kesemua bos-bos tak senang duduk. Dikenalpasti surat tersebut tanpa penama malah ternyata datang dari sumber dalaman, berbentuk emel, dihantar bagi membongkarkan kelemahan sistem pengawasan yang diguna pakai diseluruh menara tersebut.

Oh yer ke..aku mengangguk, selama ini itu la keje dia ?. Kurang kasih sayang la tue. Apa yang boleh saya bantu sekarang nie?

1 Notepad, Kilometrico kaler biru dah memadai sebagai penangkis kepada segala permasalahan yang terjadi nih. Aku mula menulis dengan hasil tangan yang original, mula mengeluarkan satu persatu penyalahgunaan kuasa yang melibatkan mamat (si penghantar surat layang tsbt). Hasil conteng aku tersebut, terus dihantar ke Corporate Security Department KLCC. Beserta tarikh, berserta tandatangan.

Apa yang ingin dijelaskan di sini, Allhamdulillah, hasil kerja aku tue, sedikit sebanyak...

#Telah menyebabkan 20 orang pengawai beruniform biru tersebut di soal-siasat bagi membantu kes.
#Solat hajat dilakukan bagi menakut-nakut kan si penghantar.
#Peningkatan taraf pengurusan dalam organisasi tersebut, lebih teliti, lebih telus dan lebih union.

Aku sebenarnya tak pasti apakah tindakan aku ini kadang2 lebih meyulitkan keadaan? Sehingga sekarang tukang siasat yang bertangungjawab untuk menyelesaikan kes ini masih tercari-cari siapa aku. Aku pun tak pula bernafsu untuk memperkenalkan diri sapa aku. Ckuplah dengan apa yang aku lakukan dapat meleraikan sengala sengketa yang berlaku di sana. Si penghantar surat layang telah dipindah keluar dari organisasi tersebut. 99% maklumbalas siasatan dari semua ahli beruniform tersebut kesemuanya sudah lama agak mencurigai kredibiliti objek yang bersalah tersebut semasa bertugas. Maka terbukti kata-kata aku seperti diatas

"Just deal with yourself, dont drag others into the matters."

sebab tiap kali kau mengheret orang lain masuk untuk layan dan masalah engkau.. pastikan dahulu engkau tak DiSeret keluar angkara menyusahkan orang-orang yang tak terlibat disekeliling.

Aku bukan AHLong..aku sekadar menolong. :)

Rabu, 10 Disember 2008

1.8 Salam Kembali..

Assalamualaikum..


ish macam nak tulih surat plak.. maaf dengan pemergian yang agak lama, hilang dok celah batu mana tak tau.. Last skali dapat gak aku hadap kembali benda nie.. Tak panjang kesahnya ..pendek jer.. kesnya aku sibok..sibok melayan karenah ibukota yang tak henti2 dok kacau aku.

Ok..Sedikit hal nak dikongsi bersama, malam raya aid adha, aku balik la mcm semua org jugak, balik kg di kedah, ikot la HIGHWAY PLUS. Kete aku yang tip top condition baru kuar workshop tue meluncur belah semua kenderaan tayar2 4 yang lain. Tiba2..

120Km/J... pom..pom..pom.. kete aku mati daaa.. pusing strereng ke kanan. Stop kat tepi jalan yang gelap gelita dan hujan renyai2. Aku amik tiket n Call PLUS..

Ini baru citer sebenarnya..

Kononnya dengan 2 biji 4 WD datangla PLUS (penyelamat) dengan lampu lip lap dia.. nak meRescue. Tak yah la nak percaya dengan derang nie.. derang manusia jugak.. tak lain tak bukan aku lah mangsa mereka.

AKU: En. tolong towing kete saya kuar ke tol rawang tu jer bole?
PLUS: Jap kite check, kalau tak awak trus bawak ke workhsop je trus lagi senang kan?
AKU: En. Saya tak mau ke mana2 workshop..saya nak towing kuar tol rawang je.
PLUS : Haah nie minyak tak naik nie, nah amik tepon nie ckap dengan towing nyer org cakap awak nak bawak masuk wokshop mana?
AKU : tgh hairan..
PLUS : Bagi no tepon kat dia ..nanti dia towing gie workshop repair trus leh jalan malam nie..
AKU: saya tak jalan malam nie pun takpe.. saya nak bw masuk workshop saya sendiri bole?
PLUS: cakap je kat dia..
AKU : Dengan malas nak masuk campur lagi.. Halo! apek..lu towing angkat brapa?
APEK: RM100 trus masuk workshop kita buat malam nie..
AKU: Lansung tak percaya..
AKU: K En. Dah beres EN.
PLUS: Ok yer ..dah coutim..kita tinggal kon nie nanti towing datang k.
Lepas jer derang blah.. aku call lagi skali TOL FREE PLUS..
AKU: En. Tolong hantar kete towing plus yang bole towing saya keluar ke tol rawang sahaja, apa menda pergi hantar orang yang asyik nak coutim masuk workshop jer nih?
PLUS: Ok ok En. biar saya check dulu.
PLUS: Halo En. Tadi dah ada orang datang tengok kan?
AKU: Saya faham en. tapi en. bole tak tolong bagi PERKHIDMATAN yang cemerlang sikit, saya bukan nak workshop , saya nak towing servis plus bawak kuar KETE nie ke tol RAWANG. Bukan nya coutim workshop untuk saya, saya ada bengkel FREE OF CHARGE PAHAM!!!

Korang nak tau kesudahannya, PLUS lansung dah tak layan aku.. dibiarkannya aku lebih sejam dekat situ tanpa menghantar mana2 towing services lagi.

Aku pun tahan la kete towing yg legar tepi jalan, so kene CAJ RM50 just untuk bawak kete aku kuar ke tol rawang. Tak kisahlah camna aku survive repair kete dengan member aku kat tol rawang tue. Tapi yang pastinya.. APA NAK JADI DENGAN MASYARAKAT MELAYU NIE??? KEJE YANG SEPATOTNYA UNTUK BERKHIDMAT DEMI MASYARAKAT DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. SIAP DI COUTIM DENGAN APEK UNTUK DAPATKAN KOMISYEN. APA CITER NIE????

PEGI MAMPUS KO PLUS... yang penting aku survive..

KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT AKU KALI NIE AGAR PERKARA INI TIDAK BERULANG PADA MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN BANTUAN. PADA AKU, aku masih dapat bertindak , tapi macam mana pada mereka yang betul2 memerlukan khidmat tu dan pada masa tue pula kocek kosong MACAM MANA?

TOLONG JANGAN BAGI MUKA LAGI PADA MEREKA2 YANG CARI MAKAN TAK SEBERAPA SEN NIE DI TEPI2 HIGHWAY LAGI..

*sedikit tambahan cerita.. sebelum aku dapat towing yang bawak aku kuar tue.. ada satu cina towing juga singgah, dia tanya lu tunggu apa? aku cakapo tunggu towing PLUS yang dah dicoutim. Cina tu cakap.. lu jangan layan itu semua mau kasi lu mati saja, CAJ ikut suka ati, lu anta lu mati, esok pun kete lu belom tentu bole jalan. Skarang lu pegi panggil itu PLUS punya towing suruh bawak kete luar pergi keluar FREE OF CHARGE.

Yang kat atas tue plak..kesah cina pancong cina hahahah..mcm2 hal..

ADIOS..korang pikirlah sendiri K!!!!

Isnin, 17 November 2008

1.7 Aku dan periuk nasi..

THE PSYCHO I - by Sue Anna Joe.

Buka tudung.. tengok2 kosong.. Masuk beras, masuk air, ikut sukatan seperenggan jari lebih tinggi sedikit dari paras mendatar beras tersebut. Suis ditekan, jika tidak menggunakan periuk moden maka api dapor perlu dihidupkan.Beras ditanak sehingga menjadi NASI.Nasi adalah ruji bagi kita, namun luar biasa nikmatnya bagi Si pengemis dijalanan, mereka serba kekurangan, namun mereka adalah warna yang turut mencorak sebahagian dari kehidupan di Kotaraya.

Aku tak gurau, kalau tak percaya pergilah... Saksikanlah dengan mata kepala korang sendiri. Bawah jambatan dan tepian longkang, dipersisir jalan, disepak diterajang. Manusia atau binatang ? So Think!! Berapa gaji korang sekarang? Pada yang masih belom bekerja pula, berapa pula belanja korang? betul katanya semua ditanggung Beres tapi oleh siapa? APA? tak pernah terpikir? tak pernah pulak nak berkira2? Sudahlah !!!

AKu tak nafikan ramai yang hidupnya sememangnya senang, tak pernah paham sebenarnya apa erti kesusahan, tak akan paham apa sebenarnya maksud poket yang kosong, sebab mereka tak pernah .. mereka just tak pernah.. so nak bagitahu macam mana lagi.. they never know.. they never learn and they will NEVER UNDERSTAND !!!

Tua ATAU muda, Kaya ATAU miskin.. bersyukurlah walau dimana jua kita berada. Yang penting ilmu yang ada di Dada, Jangan tamak dan janganlah pula lupa dimana kita berpijak.Dunia bukanlah segala-galanya.

Entry aku kali nie bukan nak hina sesiapa, bukan nak kondem sesama manusia. Cuma desakan minda yang mahukan sedikit kebebasan untuk berpikir di luar kotak kesedaran. Semoga sentiasa ingat mengingati sesama manusia bahawa kita BUKAN pencipta tetapi kita diCIPTA, maka setelah dicipta kita dikurnia periuk nasi untuk dijaga. REZEKI sememangnya telah ditentukan olenNYA. Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada.

Entri aku entri bersahaja dan aku taip nie pun secara tak sengaja. Untuk diri sendiri, untuk mereka dan untuk semua.

Aku dan periuk nasik. Keletap..Owhhh dah masak.. meh makan meh. :)

*** KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT ***
DITAJA OLEH MESIN MARUKU

Sabtu, 15 November 2008

1.6 Enam belas minit (16min) sudah la..

Pagi Sabtu 15/11/2008

#Pukul 8.00 pagi > Bangun sambil berjalan keliling rumah.. off kan lampu.. off kan komputer.
#Pukul 8.15 pagi > Tidor semula.
#Pukul 1.00 ptg > Bangun sambil tawaf keliling rumah.. on kan komputer.
#Pukul 1.05 ptg > Baca email..
#Pukul 1.10ptg > Mula patok keyboard.. mula ketok huruf untuk tulis blog..

Hasil daripada email yang aku dapat disusun semula isi kandungan supaya tak semak kepala
membaca. Biasa nya memang aku terus wallap jer mesej2 yang berupa fwd memfwd nie. tapi kali nie macam ada isi plak. Layan je la Zaaaaasssss...!
Petikan dr email:
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Posting bangun tdo aku buat, siot jer bih gak 16min..
# SETTLE !!!...
Pangkah email.. tutup firefox..

Khamis, 13 November 2008

1.5 Yang Mana Satu? Cantek-Menarik-Comel-Lentik?

Geerrrrrrrrrrrrrammm?
Aku dalam dilema, kalau bagi setahun pun belum tentu aku bole buat decission. Mak pernah berpesan kalau nak buat pilihan , pilihlah yang berkenan dihati tak kira apa jua rupa, asalkan tidak menyakitkan mata dan tidak memudaratkan anggota. Betul jugak apa yang diusulkan oleh mak aku tu, pilihan biar tepat biar sampai jadi Dodol dan Lepat. Digaul sebati, dihimpit dan dipadat. Nah! hasilnya..cukup hebat! (mengambarkan betapa susahnya, usaha dan tumpuan perlu diberikan untuk mendapatkan hasil Dodol dan Lepat yang hebat!).
Tak boleh dibiarkan nih..segala usaha..segala tumpuan biarlah ada hasilnya, perlulah ada keputusannya. Kerna itulah aku membuat catitan kali ini, agar ianya dapat dikongsi bersama-sama anda diluar sana. Usah kerohkan suasana, terima sahaja seadanya.
Jom kita tengok, apa kesahnya kali ini...
1# Gunakan konsep pemerhatian
2# Disusuli dengan sedikit kajian
3# Buatkan perbandingan
4# Dapatkan pandangan
5# Usaha Tangga Kejayaan
6# Last sekali - >Keputusan 

1#
Bermula dengan aku meluangkan masa berjalan-jalan di sekitar pasaraya. Cari objek sasaran anda..Aku usha.. dia usha aku balik. Bila Aku usha lagi.. dia macam tak usha aku dah. (Jika berlaku situasi ini..maka abaikan objek tersebut). Teruskan pemerhatian pada lokasi yang lain. Hah! yang ini hebat.. Sekali aku usha..dia terus tenung.. dua kali aku usha.. dia terus tangkap maut. (Maka jadikan ia sebagai sasaran utama).
2#
Dah dapat objek sasaran..? maka teruslah balik kerumah. Buat homeowork sikit, jangan dok gasak tibai ja. Kata nak yang cantek, yang comel yang lentik n bla..bla..bla. Surf internet, dapatkan informasi yang tepat. Majalah dan Risalah, dapatkan gambaran yang sebenar.
3#
Tadi kata dah dapat 1 objek sasaran, dua kali usha terus lekat..takpa ,jangan paksa diri, jangan terpengaruh, tingkatkan usaha cuba cari calon lain yang lebih sesuai. Dapatkan dua tiga tayar spare takpa takdak hal..lepas dah ada barulah mulakan aksi dengan membuat perbandingan. Pilih..(suka) letak sebelah, Pilih (busuk) trus buang, Pilih (Lentik) simpan baik2, Pilih(Comel) letak balik.. dan bla..bla.bla.
#4
Kumpul segala objek2 yang ada..bawak ke muka pengadilan, bawak jumpa kekawan, jumpa sedara mara, rakan taulan dan juga mak yang terchenta. Minta pandangan mereka, terima yang sesuai, isolate mana yang tak berkenan.
#5
Usaha dah buat, pilihan adalah antara yang terhebat.. sudah mengenali hati masing-masing, menepati ciri-ciri, mengetahui tabiat, maka buatlah keputusan, keputusan tepat !!! bukan mengikut NAFSU dan perasaan.

Walaupun jangkasa masa adalah singkat.. inilah hasil yang aku dapat..

Panasonic TX32LE8
Harga : RM 1,680.00








LG LG30Ra  Harga :  RM1,800.00



SAMSUNG LA32A330J1
Harga: RM 1,788.00








Setelah lebih kurang 5 pasaraya, 2 kedai biasa, 30 web review dan 3 forum aku terjah semata-mata kerna nak memiliki makhluk nie. Last2 aku amik keputusan ..biar takda daripada ia menyakitkan kepala,keputusan aku muktamad, aku tak jadi nak beli TV LCD tue, dan nekad dan AKU DECIDE untuk membeli peti ais dekat mak bapak aku,bagi derang pakai kat kg.Tengok..kan dah cakap pilihan anak mak memang selalunya pilihan yang tepat !!! (sejuk ati mak bapak aku dapat peti ais baru hehe...). 
  Cantek-Menarik-Comel-Lentik aku tertarik.
Habisss cerita..!!!
Uih anak mak beli peti ais baru....!!!
Peti Sejuk yang tak bersalah ini ditaja oleh  TOSHIBA
(terima kasih pihak penjaja)

"Pada mereka yang berhajat untuk mendapatkan makhluk yang boleh menjahanamkan wang ringgit anda itu, bolehlah gunakan sumber diatas sebagai harga rujukan." -Tima sih.

Ahad, 9 November 2008

1.4 Just A Sunday Story

It just a SUNDAY!! Nyuut..nyuuttt..kepala berdenyut..mcm biasa Sunday merupakan hari keluarga. Bagi yang tak berkeluarga boleh lah anggap katil dan tilam sebagai sebahagian darinya. Pagi nie aku yang kejutkan si katil. Aku cuba nak bangun, di tariknya kembali.. cuba aku nak celik, si bantal plak baiknya  usap2. Sebagai jalan pintas aku amik keputusan untuk terus guling turun dari katil. Maka selesai misi aku menyelamatkan diri. Sekaligus menjadikan Sunday kali ini tak serupa dengan Sunday yang sebelumnya.

Hah!
dekat sangat dah tue,dengan sengaja aku pun memicit.Hasilnya Aku bangga dengan kemampuan mesin sekarang. Sekali picit punat, 2x cepat loadingnya. Kalau dulu, memang memakan masa, harus ditunggu gigi2 floopy drive mengigit disketnya yang hasilnya hanyalah si command prompt.

Nie lagi satu, aku tak paham kenapa disekeliling mesin perlu ada haiwan2 peliharaan, bersimpul2 ekor tikus, ditambah pula dengan anak2 ikan 2-3 ekor bersaiz 2gb & 4gb tak lekang menyumbat dan menyedut toksin2 kuar. Baru aku sedar, mesin pun memerlukan treatment,sama seperti manusia. Ikan dijadikan bahan untuk peraih-peraih di Spa zaman ini.

Selaras dengan kemajuan mesin yang semakin maju teknologi nya, aku juga tak melepaskan peluang untuk memajukan diri sendiri. Hari ini, hari pertama, bertindak untuk melangkah setapak lagi, aku mula mengemas serba sedikit keperluan yang ada. Bukan kesemuanya, hanya beberapa sebagai permulaan. Setelah 8 tahun menjadi perantau di kotaraya, akhirnya aku membuat keputusan untuk menetap teratak yang menjadi hak milik tetap.

Biar dengan hidup aku yang tak seberapa ini, aku berbangga dan berSyukur diberikan rezeki untuk aku memiliki sebuah kediaman sendiri. Ini lah namanya hidup berdikari sekurang-kurang takda tuan rumah nak kutip duit sewa lagi ..ngeh..ngeh..Cukup..cukup.. banyak benda aku nak pi beli nie..ghumah dah la tak berbini, ntah apa2 aku nak isi. Aku sibuk hari nie. Lain hari baru aku buat story lagi. Harigato..haik..gua mintak diri.

Jumaat, 7 November 2008

1.3 Anda seorang H@cK3R5 ! ! !


Nanti !!! Jangan terburu-buru buat keputusan. Entry nie dikeluarkan hanya pada mereka yang betul2 berminat dan ingin mendalami. Mereka berlumba-lumba mengejar cita-cita dan impian untuk melabelkan diri sebagai H@cK3R5. Jangan salahkan diri mereka dengan cita-cita yang ada. Tiada manusia dilahirkan di dunia punyai segala KELEBIHAN, namun tanpa kelebihan pula..manusia masih mampu melatih diri untuk terus memajukan diri dalam apa jua yang dikecapi.

Sebelum melayakkan diri anda bergelar H@cK3R5 a.k.a hackers a.k.a pengodam pc, tolong pastikan yang anda benar-benar telah bersedia, sekiranya BELUM, sila semak persediaan yang perlu anda lakukan di bawah:

# Tahap Mentaliti anda perlu segar seperti dari ladang.
# Jiwa anda perlu Tabah jangan takut akan labah-labah.
# Memerlukan daya Imiginasi yang tingggi, paling kurang Level pistol air.
# dan yang terakhir ialah Ketekunan , seperti mana tekunnya anda untuk meneruskan pembacaan entry disini.

Dengan adanya persediaan spt di atas, ANDA kini layak untuk mengikuti video tutorial EDISI MELETUP ini.

Terma & Syarat
# Penulis tidak bertanggungjawab ke atas apa jua tindak tanduk selanjutnya oleh pembaca setelah mengikuti sesi Tutorial video ini.
# Penulis menasihatkan pembaca agar tidak terlalu agresif serta mengimplementasikan ilmu secara terbuka dan berleluasa.
# Anggaplah ia sebagai satu cabang ilmu dan bukannya VIRUS yang hanya tahu mengigit file anda.
# Klik link disebelah untuk paparan VIDEO: H@cK3R5 Tutorial MELETUP Edition

-Aku bukan seorang H@cK3R5 Aku tak bersalah..tolong..tolong.. ! ! !

1.2 Mana nak cari?

mula....
Hah! buka mata luas2, cuba celik sikit mata tue..? Mana la tahu kot2 boleh jadi cerdik sikit.. Ikut statistik takda lagi orang celik paling lama dapat tiket wayang free. Eh..ada ke? aku tak cakap ada pun. Kalau nak ada pun mungkin orang tu celik sebab mak dia kejut bgn tdo, atau mungkin celik sebab doktor operate gigi dia pagi tadi. Punca asal celik sebenarnya adalah sebagai petanda ke arah usaha kita untuk mencari sesuatu. Belum pernah ada kita dengar org mencari sambil tutup mata.

edisi TIPS:
Bagaimana nak buat seseorang itu cari file dalam keadaan celik...Tetapi dia tak dapat nak jumpa. .? Bukan dibuat-buat tapi jika di amalkan InsyaAllah mujarab. Pesongkan pasangan anda buat seketika..misi anda ialah untuk merekacipta satu text file dimana setiap penulisan yang anda taip didalam text file tersebut tidak dapat dibaca sama sekali oleh pasangan anda.

Langkah Satu:
#Klik START -> Run -> taip cmd dan [ENTER]
#taip cd\ dan [ENTER]
#Rekacipta nama file anda dengan menaip seperti arahan dibawah:
C:\>notepad namafilebaru:storehiddendata [ENTER]
#Do you want to create a new file? [OK]

Langkah Dua:
#mula kan penulisan anda dengan menaip apa sahaja ayat atau sumpah seranah ke dalam file tersebut.
#seterusnya klik File - > SAVE dan klik butang "X' untuk tutup kesemuanya.

Apa terjadi?
Segala perbuatan yang telah anda lakukan tadi akan menciptakan suatu file bernama 'namafilebaru' bersaiz zero bytes. Anda tidak akan dapat membuka file tersebut sesuka hati kecuali dengan mengikut arahan langkah 3.
Langkah Tiga:
#taip semula
C:\>notepad namafilebaru:storehiddendata [ENTER]
#maka baru anda dapat membaca semula isi kandungan file tersebut.



Begitulah sifat file tersebut..tidak disembunyikan secara total..tetapi tidak akan dapat dibaca oleh si dia dengan sesuka hati.. hah! mana nak cari?

Selamat mencuba!!!
akhir..

Isnin, 3 November 2008

1.1 WWW

episod www...

Semua bangun..
tak payah..semua boleh duduk.
Ketua darjah datang ke depan sekarang.
Amik menda nie dan edarkan kepada semua orang.

Subjek dikesan (menunggu intro daripada cikgu)

Perbezaan antara yang terbaik "web browser" masakini



Fakta
Melebihi 1.4 billion orang dihubungi atau terhubung pada rangkaian internet WWW pada setiap hari. Dengan angka yang begitu besar dunia tanpa batasan ini atau pun lebih dikenali dunia MAYA kini bukan hanya digunakan untuk berkomunikasi tetapi juga tempat untuk kegiatan jual-beli yang cukup meluas.

Apa dia?
Terpulang pada individu masing-masing:
klik-copy-paste-open new windows-bookmark-save as.
Aksi di atas sudah jadi sinonim bagi mereka yang biasa dengan dunia internet.
Kita teruskan..
Terdapat banyak 'web browser' yang disediakan untuk kemudahan kita melayari internet pada masa kini. Cuma tahukah kita perbezaan yang terdapat diantara kesemua 'web browser' ini?

Perbandigan
Entry kali ini akan mendedahkan serba sedikit perbandingan yang dapat kita ambil sebagai rujukan untuk memilih 'browser' yang lebih menepati ciri dan citarasa anda.

Senarai web browser yang terlibat dalam ujikaji yang akan saya dedahkan disini:

Google Chrome Beta
buatan Google :: url muat turun : www.google.com/chrome
Intro
- Keluaran terbaru oleh google.
- Antara yang terpantas dan powerful.

Ciri & Kesesuaian
#Mengimplementasikan fungsi "multi-threaded system" dimana setiap tab halaman yang dibuka diproses secara individu dan mengagihkan sumber memori "memory allocation" secara berasingan.
#Tab halaman yang ditutup akan melepaskan semula memori yang digunapakai oleh komputer menjadikan ia tidak mudah untuk crash secara total. Tidak seperti browser yang lain dimana mudah jadi keras/kaku semasa ada problem dengan proses dan akhirnya kita perlu tutup , stop keseluruhan browser dan restart, kita akan kehilangan halaman yang diperlukan, perlu masuk dan taip semula kesemua halaman yang telah hilang tadi.
#Elemen dalam CHROME mempamerkan ciri-ciri yang tersusun rapi dan kemas, tidak berserabut dan ruang pamer halaman web yang luas.
#Chome ada sedikit masalah jika anda masuk ke halaman You Tube, di mana video tak dapat nak gerak/keluar/jalan atau berfungsi sepenuhnya. Menyebabkan anda akan sakit otak dan terus klik 'x'.

Skor
Prestasi Kelajuan: 8/10
Fungsi : 8/10
Persembahan : 9/10
Keseluruhan : 8.3/10
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Opera 9.62

buatan opera software :: url muat turun : www.opera.com/download

Intro
Yang pasti ia bukan buatan Malaysia. Jatuh dalam kategori yang ke-2 terslow berbanding dengan browser lain.

Ciri & Kesesuaian
#Fungsi istimewa iaitu "Speed Dial" membolehkan kita agihkan sehingga 9 slot yang berbeza. Bermakna anda tak perlu memenatkan jari untuk menaip..cuma klik pada bookmark yang dah dipamerkan.
#Fungsi kedua yang agak menarik boleh didapati pada Opera ini ialah penggunaan Mouse untuk ke halaman seterusnya. Cuma Hold button kanan dan drag ke kiri.. Nah!! terus dia bawa anda masuk ke halaman NEXT atau pun PREVIOUS.
#Peningkatan dari segi pengurangan kuasa bandwith juga telah di tingkatkan dalam versi kali ini.

Skor
Prestasi Kelajuan: 7/10
Fungsi : 8/10
Persembahan : 8/10
Keseluruhan : 7.7/10

ADUS...ENTRI SETERUSNYA DIBAWAH INI AKAN DIUPDATE DALAM JANGKA MASA TERDEKAT [aku ngantok sangat nie..]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Safari 3.1
buatan apple :: url muat turun : www.apple.com/safari

Intro
Bermula dari open source system dari keturunan KHTML dan juga Konquerer yang digunakan pada sistem UNIX. Jatuh ditempat ke 3 selepas Chrome dan Opera. Kini Safari diterajui oleh APPLE.

Ciri & Kesesuaian
#Menjana imej yang berkualiti dimana ia menjalankan proses rendering pada font.
#Fungsi browser yang melepaskan semua cache memory sebaik sahaja browser ditutup.
#Penampilan yang agak plain and dull.

Skor
Prestasi Kelajuan : 7/10
Fungsi : 6/10
Persembahan : 8/10
Keseluruhan : 7.0/10

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Internet Explorer 8.0

buatan microsoft :: url muat turun : http://www.microsoft.com/windows/internet-explorer/download-ie.aspx

Intro
Pada yang pernah menggunakan browser selain dari IE8, pasti akan setuju dengan pendapat
saya. IE8 adalah browers yang paling letih untuk dipakai. Random errors yang tak menentu. Apatah lagi lack of sekuritinya yang asyik kene hack.

Ciri & Kesesuaian
#Rasanya yang ini semua orang dah pernah pakai..jadi tak payah lah nak komen banyak.
Skor
Prestasi Kelajuan: 3.5/10
Fungsi : 7/10
Persembahan : 8/10
Keseluruhan : 6.2/10

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Flock 2.0

buatan flock :: url muat turun : www.flock.com/download

Intro
Lebih dikenali sebagai browser yang berciri kan komuniti dan kemasyarakatan. sebab apa? sebab didalam nya telah diintegerasikan fungsi-fungsi untuk berkomunikasi. Myspace,Pownce,Gmail,Ymail,Blogger(blog editor yang paling aku suka) dan mcm2.

Ciri & Kesesuaian
#Sesuai untuk mereka yang suka ada macam2 akaun sosial, seperti yang di mention kan tadi.
#Fungsi untuk blogger buat editing dan post juga diintergerasikan.
#Kemudahan capaian mana2 akaun dengan cepat tanpa perlu 2-3 kali masukkan username mahupun passwod.

Skor
Prestasi Kelajuan: 7/10
Fungsi : 8/10
Persembahan : 9/10
Keseluruhan : 8/10

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Firefox 3

buatan mozilla (open source community) :: url muat turun : http://en-us.www.mozilla.com/en-US/firefox

Intro
The best among the best..dengan kelajuan yang aku rasa mengatasi browser2 yang lain. Memanglah dah asal usulnya pun dari open souce community punya kerja.

Ciri & Kesesuaian
#Sesuai untuk programmer2 web..sebab banyak disediakan plugin yang cukup berguna.
#Tahap security yang memberansangkan.
#Cuma kadang2 suka juga melekat bila ada something wrong dengan aplikasi dijalankan dibawah JAVA.

Skor
Prestasi Kelajuan : 7.5/10
Fungsi : 8/10
Persembahan : 8/10
Keseluruhan : 7.8/10
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kring.....(loceng rehat pun berbunyi)
Sekian.

Khamis, 30 Oktober 2008

1.0 POST

Salam buat semua..
dua tiga kucing mampus
esok lusa terus pupus
dengar cerita dah siap bungkus
apa lagi  pi la  berambus..

zoe is moving to his new home soon!