Halaman

Isnin, 23 Mac 2009

2.2 SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA








Tanggal 19 Mac 2009, Apa salahnya sesekali aku melangkah masuk di Panggung Sari, Istana Budaya untuk menyaksikan sendiri pementasan Tahajud Cinta arahan Erma Fatima ini.

Pementasan teater berteraskan ISlam adalah buat yang pertama kali dibawa masuk ke dewan teater ini.

Sesungguhnya karya ini bersesuaian dengan sambutan "maulud nabi" pada 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430 yang lalu.

Perjalan lakonan teater ini merungkai zaman keangungan Rasulullah dalam memperjuangkan Islam kepada umatnya manusia amnya.

Menyaksikan bagaimana baginda Rasulullah dicerca dan dihina, dihukum oleh kaum yang angkuh dalam menjalani kehidupan yang sesat.

Begitu keikhlasanNya menangani segala buruk sangka yang ditomah.

Menyedari betapa singkatnya rasa kasih kita pada Rasulullah berbanding kasih sayang baginda terhadap umatnya.

Pengorban sahabat-sahabat Baginda yang begitu setia tidak putus-putus sehinggakan sanggup mengorban Nyawa demi pertahankan agama Allah.

Gelingan air mata yang mengalir semasa menyaksikan teater ini belum tentu dapat mengungkap betapa siksanya Baginda pemperjuangkan kehidupan untuk umat Islam sehingga apa yang kita dapat perolehi sekarang ini.

Begitulah serba sedikit yang dapat aku sampaikan disini setelah berakhirnya teater yang dipenuhi dengan nilai-nilai murni Rasullullah.

Menyedari hakikat tersebut..tertanya-tanya pada diri ini.. Siapalah kita disisi Rasullullah...dan mampukah kita untuk mendekati Allah

Wallahualam...

4 ulasan:

Sis Lin berkata...

best nye tgk teater live kan...sis x pernah dpt nk tgk..PGL pun dh terlepas..huk3x..

aza berkata...

hm.... mr zoe u pon nangis ker? ;)
tapi cam x puas rasenye coz terpaksa compress the SIRAH, time constrain.Luv watch that teater too...

Ifila Saila berkata...

alhamdulillah.. kesedaran utk memperbanyakkan persembahan berunsur islam semakin berkembang dewasa ini. namun perlu ada pihak yg memantau atau memberi guide dgn sebaiknya berkenaan hukum hakam dan mesej yg ingin disampaikan dalam sesebuah pementasan ataupun lakonan. saya skdr memberi komen yg kritis agar kita blh memberi hasil yg terbaik dr semua aspek utk persembahan akan datang.

sbg cth; saya x pasti samada skrip sirah junjungan ini tlh diteliti oleh pihak jakim atau tdk, sbb katanya dgn kerjasama jakim. namun beberapa aspek seolah2 terlepas pandang spt babak membesarkan berhala (walaupun ada watak yg didukung oleh bukan islam) namun apakah hukumnya dari sudut aqidah org yg melakon dan melafazkan dialog yg membesarkan latta wal uzza serta tunduk sujud dan menari mengelilingi berhala. jakim perlu memantau hal ini.

bg tuan blog yg kali pertama melihat pementasan teater Islam pasti mengkagumi persembahan tersebut namun bagi saya yg sering mengikuti perkembangan teater luar mahupun Islam, pndgn peribadi saya (mungkin tuan blog turut menyaksikan sendiri) iaitu babak yg mengangungkan Rasul itu terlalu sedikit dan kurang bermaya berbanding babak yg mengangungkan abu jahal,lata wal uzza dan lain2 watak antagonis (watak jahat) yg lain. sedangkan terlalu banyak mukjizat nabi yg boleh kita highlightkan jika hendak dibandingkan dgn kejahatan org yg menentang Rasulullah..

Namun usaha Erma utk mementaskan teater ttg Rasulullah harus diberi pujian, cuma pihak2 yg mengkaji dan arif ttg hukum hakam dan sirah nabi ni perlu tampil dan memberi kerjasama agar pementasan itu menepati syarat2 dari sudut aqidah, syariat serta akhlaknya. sekadar melontar pandangan.

kuchalana berkata...

wah2...