Halaman

Selasa, 24 Februari 2009

2.1 Driver untuk NVIDIA GeForce 9400GT Video Card dalam SUSE Linux 11.1



Salam..

Dah masuk minggu kedua aku install SUSE Linux 11.1 dalam PC nie. Tahap kesabaran hampir hilang disebabkan aku menggunakan PCI Express NVIDIA GeForce 9400GT dimana bagi pengguna Operating System Linux telah sedia maklum bahawa NVIDIA mengeluarkan Hardware proprietary, dan pengunaan Driver kegunaan dalam open source system amatlah terhad kepada beberapa model tertentu sahaja.

Disini akan dipaparkan cara-cara mengkongfigurasi NVDIA card untuk digunakan dalam operating system SUSE Linux 11.1 bagi menjalankan fungsi KWIN dimana KWIN merupakan module untuk memaparkan animasi GUI 3D dalam Linux.

Untuk review tentang Open SUSE 11.1 sila ke halaman ini : http://www.opensuse.org/en/

Dibawah ini dinyatakan langkah untuk install driver tersebut:

Langkah 1:

Semak status driver anda.

Start->Applications->System->Configuration->Configure X11 System (SaX2).

Lihat gambarajah:


Langkah 2:

Seterusnya ikuti langkah untuk mendapatkan Driver NVDIA anda di halaman ini :http://en.opensuse.org/NVIDIA

Ulang langkah 1 untuk memastikan driver telah berjaya dimasukan.

Setelah berjaya maka bolehlah anda mencuba untuk menjalakan fungsi 3D yang disediakan.

Untuk kongfigurasi 3D desktop :

Start->Applications->Configure Deskop->Desktop

Disini anda bolehlah mencuba fungsi-fungsi 3D mengikut citarasa sendiri dengan memilihnya pada Tab All effects yang disediakan.

Berikut adalah 3D box yang telah berjaya dijalankan.

p/s:

Untuk mengelakkan sebarang permasalahan semasa menggunakan open source suse ini adalah disarankan supaya pengguna menggunakan grafik kad keluaran ATI, ini adalah kerana ATI ada menyediakan driver untuk digunakan dalam penggunaan open source system.

Sebelum mengakhiri posting ini dibawah berikut adalah url untuk mendownload codec bagi pengguna yang mahu memainkan lagu2 mp3 dan juga DVD movie pada sistem Linux anda.

http://opensuse-community.org/codecs-kde.ymp

Sekian.

Selamat Mencuba.

LINUX in 3D it just MORE than what you can expect instead of WINDOWS...!!!

4 ulasan:

Sis Lin berkata...

erkkk sis x faham la tang ni...mmg buta IT..sikit2 aje boleh la,tp yg ni terus x faham...adehhh nk kena belajar nih...

junaidix berkata...

erm... aku nak install gak lmux dlm laptop, tapi install kat vmware aja.. senang. kalau sakit ati, delete jer! hehe

zoe aka Z3ro_GravityX berkata...

memang tahap sakit ati dah nie..elok2 jer aku install nih ha..tetiba datang time update Suse Online jer trus corrupt display aku..skali dah fix balik dah tak dapat lagi function 3D nih..back to normal display view..hwa hahhaa..aku pasti tak ramai yg memahami apa yang aku tgh merepek nie..abaikan..

zoe aka Z3ro_GravityX berkata...

Sis! tak perlu memahaminya.."apa yang penting kerjasama!!!"..hahaha..adios Sis!