Halaman

Rabu, 12 Ogos 2009

Cinta Pantai Merdeka

Terlebih dahulu hayati lirik lagu ini:
Telah bertahun lama

Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

( korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...
( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka
( solo )
( ulang 1 & korus )
-Tropika-


Kemudian beginilah suasana yg dimaksudkan..


Trip ke TANJUNG DAWAI & PANTAI MERDEKA (26/7/2009)

Short trip ke tempat ini sebenarnya tak termasuk dalam agenda aku semasa balik kampung bulan lepas. Tapi apakan daya, nak tak nak atas desakan tunang tersayang nie kena lah juga aku bawa. Tujuan asal ke kampung untuk meraikan majlis pertunangan member terdekat aku..haha dimana setakat ini perlu dirahsiakan sebab dia sendiri tak mahu aku war-war kan berita ini. Majlis berlansung di Yan Kedah.

Untuk penuhi masa, maka singgahlah sebentar ke Tanjung Dawai bersama tunang, dan parents.Kononnya membeli ikan masin, tetiba lak terlanjur sampai naik bot ke Pantai Merdeka.

Dalam lama menung-menungkan.. betul lah hampir 20 tahun aku tak ke tempat ini. Kali terakhir zaman sekolah menengah. Memang dah banyak berubah.

Seperti senikata dan lirik lagu yang dipersembahkan di atas, maka aku sertakan shot-shot yang sempat diambil sesama berada di sana.

Bagi yang belum pernah ke PANTAI MERDEKA.. ini lah dia pantai yang digarapkan didalam lagu CINTA PANTAI MERDEKA yang sering kita dengarkan selama ini..



Jeti Tanjung Dawai




Perjalanan Bot Dr Jeti Tg.Dawai Ke Pantai Merdeka


Taman Rekreasi Pantai Merdeka



Jauh nun kat sana adalah Tg. Dawai permandangan dari Pantai Merdeka.

Dalam pada keindahan pantai..ada juga yang mengecewakan di sini, nama yang dah gah dikenali ramai..tetapi hakikatnya tengoklah sendiri.. KEBERSIHAN PANTAI TAK TERJAGA..
pada pihak yang berkaitan pikir-pikirkanlah sendiri.. SAYANGILAH PANTAI KITA.
-dushh!!

3 ulasan:

aza nor berkata...

Sempena bulan kemerdekaan.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

-Aza-

kuchalana berkata...

mak ai... sedondon ja ijau... kekekekek

Farah Hanani berkata...

wah.. hepi nye kak intan dapat g pantai merdeka.. huhu.. sakan..