Halaman

Khamis, 13 November 2008

1.5 Yang Mana Satu? Cantek-Menarik-Comel-Lentik?

Geerrrrrrrrrrrrrammm?
Aku dalam dilema, kalau bagi setahun pun belum tentu aku bole buat decission. Mak pernah berpesan kalau nak buat pilihan , pilihlah yang berkenan dihati tak kira apa jua rupa, asalkan tidak menyakitkan mata dan tidak memudaratkan anggota. Betul jugak apa yang diusulkan oleh mak aku tu, pilihan biar tepat biar sampai jadi Dodol dan Lepat. Digaul sebati, dihimpit dan dipadat. Nah! hasilnya..cukup hebat! (mengambarkan betapa susahnya, usaha dan tumpuan perlu diberikan untuk mendapatkan hasil Dodol dan Lepat yang hebat!).
Tak boleh dibiarkan nih..segala usaha..segala tumpuan biarlah ada hasilnya, perlulah ada keputusannya. Kerna itulah aku membuat catitan kali ini, agar ianya dapat dikongsi bersama-sama anda diluar sana. Usah kerohkan suasana, terima sahaja seadanya.
Jom kita tengok, apa kesahnya kali ini...
1# Gunakan konsep pemerhatian
2# Disusuli dengan sedikit kajian
3# Buatkan perbandingan
4# Dapatkan pandangan
5# Usaha Tangga Kejayaan
6# Last sekali - >Keputusan 

1#
Bermula dengan aku meluangkan masa berjalan-jalan di sekitar pasaraya. Cari objek sasaran anda..Aku usha.. dia usha aku balik. Bila Aku usha lagi.. dia macam tak usha aku dah. (Jika berlaku situasi ini..maka abaikan objek tersebut). Teruskan pemerhatian pada lokasi yang lain. Hah! yang ini hebat.. Sekali aku usha..dia terus tenung.. dua kali aku usha.. dia terus tangkap maut. (Maka jadikan ia sebagai sasaran utama).
2#
Dah dapat objek sasaran..? maka teruslah balik kerumah. Buat homeowork sikit, jangan dok gasak tibai ja. Kata nak yang cantek, yang comel yang lentik n bla..bla..bla. Surf internet, dapatkan informasi yang tepat. Majalah dan Risalah, dapatkan gambaran yang sebenar.
3#
Tadi kata dah dapat 1 objek sasaran, dua kali usha terus lekat..takpa ,jangan paksa diri, jangan terpengaruh, tingkatkan usaha cuba cari calon lain yang lebih sesuai. Dapatkan dua tiga tayar spare takpa takdak hal..lepas dah ada barulah mulakan aksi dengan membuat perbandingan. Pilih..(suka) letak sebelah, Pilih (busuk) trus buang, Pilih (Lentik) simpan baik2, Pilih(Comel) letak balik.. dan bla..bla.bla.
#4
Kumpul segala objek2 yang ada..bawak ke muka pengadilan, bawak jumpa kekawan, jumpa sedara mara, rakan taulan dan juga mak yang terchenta. Minta pandangan mereka, terima yang sesuai, isolate mana yang tak berkenan.
#5
Usaha dah buat, pilihan adalah antara yang terhebat.. sudah mengenali hati masing-masing, menepati ciri-ciri, mengetahui tabiat, maka buatlah keputusan, keputusan tepat !!! bukan mengikut NAFSU dan perasaan.

Walaupun jangkasa masa adalah singkat.. inilah hasil yang aku dapat..

Panasonic TX32LE8
Harga : RM 1,680.00








LG LG30Ra  Harga :  RM1,800.00



SAMSUNG LA32A330J1
Harga: RM 1,788.00








Setelah lebih kurang 5 pasaraya, 2 kedai biasa, 30 web review dan 3 forum aku terjah semata-mata kerna nak memiliki makhluk nie. Last2 aku amik keputusan ..biar takda daripada ia menyakitkan kepala,keputusan aku muktamad, aku tak jadi nak beli TV LCD tue, dan nekad dan AKU DECIDE untuk membeli peti ais dekat mak bapak aku,bagi derang pakai kat kg.Tengok..kan dah cakap pilihan anak mak memang selalunya pilihan yang tepat !!! (sejuk ati mak bapak aku dapat peti ais baru hehe...). 
  Cantek-Menarik-Comel-Lentik aku tertarik.
Habisss cerita..!!!
Uih anak mak beli peti ais baru....!!!
Peti Sejuk yang tak bersalah ini ditaja oleh  TOSHIBA
(terima kasih pihak penjaja)

"Pada mereka yang berhajat untuk mendapatkan makhluk yang boleh menjahanamkan wang ringgit anda itu, bolehlah gunakan sumber diatas sebagai harga rujukan." -Tima sih.

3 ulasan:

junaidix berkata...

ko tak nak hadiahkan kat aku gak ker? muahehehehe

Tanpa Nama berkata...

lucu abis...sakit perut bacanya...
kasian gak jadi beli TV...

~ochie~ (^_^)v berkata...

baiknya.. anak sapa ni )