Halaman

Jumaat, 7 November 2008

1.2 Mana nak cari?

mula....
Hah! buka mata luas2, cuba celik sikit mata tue..? Mana la tahu kot2 boleh jadi cerdik sikit.. Ikut statistik takda lagi orang celik paling lama dapat tiket wayang free. Eh..ada ke? aku tak cakap ada pun. Kalau nak ada pun mungkin orang tu celik sebab mak dia kejut bgn tdo, atau mungkin celik sebab doktor operate gigi dia pagi tadi. Punca asal celik sebenarnya adalah sebagai petanda ke arah usaha kita untuk mencari sesuatu. Belum pernah ada kita dengar org mencari sambil tutup mata.

edisi TIPS:
Bagaimana nak buat seseorang itu cari file dalam keadaan celik...Tetapi dia tak dapat nak jumpa. .? Bukan dibuat-buat tapi jika di amalkan InsyaAllah mujarab. Pesongkan pasangan anda buat seketika..misi anda ialah untuk merekacipta satu text file dimana setiap penulisan yang anda taip didalam text file tersebut tidak dapat dibaca sama sekali oleh pasangan anda.

Langkah Satu:
#Klik START -> Run -> taip cmd dan [ENTER]
#taip cd\ dan [ENTER]
#Rekacipta nama file anda dengan menaip seperti arahan dibawah:
C:\>notepad namafilebaru:storehiddendata [ENTER]
#Do you want to create a new file? [OK]

Langkah Dua:
#mula kan penulisan anda dengan menaip apa sahaja ayat atau sumpah seranah ke dalam file tersebut.
#seterusnya klik File - > SAVE dan klik butang "X' untuk tutup kesemuanya.

Apa terjadi?
Segala perbuatan yang telah anda lakukan tadi akan menciptakan suatu file bernama 'namafilebaru' bersaiz zero bytes. Anda tidak akan dapat membuka file tersebut sesuka hati kecuali dengan mengikut arahan langkah 3.
Langkah Tiga:
#taip semula
C:\>notepad namafilebaru:storehiddendata [ENTER]
#maka baru anda dapat membaca semula isi kandungan file tersebut.



Begitulah sifat file tersebut..tidak disembunyikan secara total..tetapi tidak akan dapat dibaca oleh si dia dengan sesuka hati.. hah! mana nak cari?

Selamat mencuba!!!
akhir..

Tiada ulasan: