Halaman

Jumaat, 19 Disember 2008

1.9 Hells nothing wrong..Its A mission???

Get a PRESS..get a REPORTER..get it ON AIR..no matter how you spread it out, you will get the revenge for it !!! Itu nada sogok jer. Nada orang yg semangatnya berkobar-kobar nak mempertahankan bahawa segala tindak tanduknya betul disamping untuk mendapatkan perhatian dari orang ramai.

Adakalanya perlu suara2 dari media semasa untuk meluahkan segala tindak tanduk yang di fikirkan benar. Why not..but still lor.. use the proper channel of course. Ini tidak, digunanya surat layang untuk porak perandakan orang..apa mission? Now kan dah susahkan diri sendiri, JANGAN..JANGAN suka-suka nak pijak orang. Kau yang tak dapat perhatian, just deal with yourself, dont drag others into the matters.

Bukan suara marah, bukan suara memprotes, hanya suara untuk membuka selera makan. Dah 2 hari tak dapat nasi, asal tengahari jer bantai KFC. Tak ke kaya Tok Janggut tue !!!
Ini bukan kesah orang makan ayam, ini kesah orang makan orang. Orang yang dikategorikan hidup tak senang kalau tak dapat layanan sempurna dari masyarakat sekeliling. Kalau layanan tue untuk memper eratkan silatulrahim takpe, ini idak, menanti layanan yang pada dasarnya hanya nak penuhkan kocek sendiri.

Kes nie mula terjadi tanpa disedari, sebuah organisasi besar dengan nama nya yang GAH! memiliki menara berkembar tertinggi di MALAYSIA. Aku kecilkan skop terus menjurus kepada satu organisasi kecil yang wujud didalamnya. Kebetulan aku pula dah lama tak jejak kaki kat situ, tetiba saja dapat 1 panggilan. "Bro aku nak minta tolong.. kes besar, project owner n Head of Security Department request utk jumpa kau, please be here as soon as u can, Tq bro!"

Lambat sikit dari Ambulan, cepat sikit pada Bomba..12.33H aku terpacak depan Burger King tempat perjumpaan hujung arah belakang sekali, sudut korner sebelah kanan. 2 Big Boss + 1 member + aku. Kali nie Jr. Whooper dah memadai untuk aku isi ruang2 sengsara sejak aku tak ambil breakfast pagi tue. Nak letak sos ke? tak perlu..sbb tiap kali aku berada di mana2 restoran fast food ,sudah memadai bagi aku sos yang dah ada pada Whooper tersebut. "Save The Sauces Save The World".

Perbincangan dimulakan, kinda suprise, but surely, still not really. To get a picture aku terangkan sikit situasi dan objek yang terlibat secara lansung dalam misi ini. Kalau di Suria KLCC sekuriti yang jaga disekeliling uniformnya kaler puteh. Tapi disini kes adalah melibat kan maruah dah identiti si pemakai Uniform berwarna Biru, yang tiap hari kita nampak berlegar di sekitar menara berkembar, tiap kali membantu dan memerhati tiap penjuru bangunan tersebut bagi memastikan moto keselamatan dan keamanan disitu terjamin.

Agak terang objek yang aku dedahkan ini, malahan kali ini maruah adalah melibatkan kepala(Head) yang teratas dan bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera uniform biru tersebut. Kehadiran surat layang yang menyalakan api pada setiap kerusi utama , menjadikan kesemua bos-bos tak senang duduk. Dikenalpasti surat tersebut tanpa penama malah ternyata datang dari sumber dalaman, berbentuk emel, dihantar bagi membongkarkan kelemahan sistem pengawasan yang diguna pakai diseluruh menara tersebut.

Oh yer ke..aku mengangguk, selama ini itu la keje dia ?. Kurang kasih sayang la tue. Apa yang boleh saya bantu sekarang nie?

1 Notepad, Kilometrico kaler biru dah memadai sebagai penangkis kepada segala permasalahan yang terjadi nih. Aku mula menulis dengan hasil tangan yang original, mula mengeluarkan satu persatu penyalahgunaan kuasa yang melibatkan mamat (si penghantar surat layang tsbt). Hasil conteng aku tersebut, terus dihantar ke Corporate Security Department KLCC. Beserta tarikh, berserta tandatangan.

Apa yang ingin dijelaskan di sini, Allhamdulillah, hasil kerja aku tue, sedikit sebanyak...

#Telah menyebabkan 20 orang pengawai beruniform biru tersebut di soal-siasat bagi membantu kes.
#Solat hajat dilakukan bagi menakut-nakut kan si penghantar.
#Peningkatan taraf pengurusan dalam organisasi tersebut, lebih teliti, lebih telus dan lebih union.

Aku sebenarnya tak pasti apakah tindakan aku ini kadang2 lebih meyulitkan keadaan? Sehingga sekarang tukang siasat yang bertangungjawab untuk menyelesaikan kes ini masih tercari-cari siapa aku. Aku pun tak pula bernafsu untuk memperkenalkan diri sapa aku. Ckuplah dengan apa yang aku lakukan dapat meleraikan sengala sengketa yang berlaku di sana. Si penghantar surat layang telah dipindah keluar dari organisasi tersebut. 99% maklumbalas siasatan dari semua ahli beruniform tersebut kesemuanya sudah lama agak mencurigai kredibiliti objek yang bersalah tersebut semasa bertugas. Maka terbukti kata-kata aku seperti diatas

"Just deal with yourself, dont drag others into the matters."

sebab tiap kali kau mengheret orang lain masuk untuk layan dan masalah engkau.. pastikan dahulu engkau tak DiSeret keluar angkara menyusahkan orang-orang yang tak terlibat disekeliling.

Aku bukan AHLong..aku sekadar menolong. :)

Tiada ulasan: