Halaman

Sabtu, 16 Januari 2016


Saja dok tenung temenung sorang2 kejadian 1-2 hari ni :
Kita tahu sang arnab sentiasa akan kalahkan si kura2 yang perlahan,
Dan Kita tahu si kura2 pastikan kalah jika berlumba dengan sang arnab,
Apa yang kita tak tahu ialah:
Si kura2 tidak pernah berniat untuk MENANG,
Hanya meneruskan LANGKAH  demi LANGKAH...
Manakala sang arnab sgt pantas dan penuh dengan Visi dan Matlamat...
KESINAMBUNGAN:
Tak setiap perkara yang kita impikan perlu dicapai hanya dengan VIsi dan Matlamat dan dengan keinginan yang sepantas kilat(bersikap aggresif)...beserta kudrat yang kita jangkakan terlalu sempurna untuk bersaing...
Kita belom tentu tewas sekiranya terus melangkah atau meniarap.. asal ditetapkan niat untuk teruskan hingga ke garisan penamat.
Dalam perjalanan tersebut, janganlah terlalu mengharap apakah keputusan yang bakal menanti....?
KETETAPAN mampu berubah dengan izinNya, MATLAMAT mampu tercapai dengan kehendakNYa...tetapkan hati cukup dengan hanya Dia yang satu...
maka teruskanlah...
Surah Ar-Rad, Verse 11:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
InsyaAllah..
*Sekadar berkongsi pandangan sekupang lima duit...