Halaman

Selasa, 24 Februari 2009

2.1 Driver untuk NVIDIA GeForce 9400GT Video Card dalam SUSE Linux 11.1



Salam..

Dah masuk minggu kedua aku install SUSE Linux 11.1 dalam PC nie. Tahap kesabaran hampir hilang disebabkan aku menggunakan PCI Express NVIDIA GeForce 9400GT dimana bagi pengguna Operating System Linux telah sedia maklum bahawa NVIDIA mengeluarkan Hardware proprietary, dan pengunaan Driver kegunaan dalam open source system amatlah terhad kepada beberapa model tertentu sahaja.

Disini akan dipaparkan cara-cara mengkongfigurasi NVDIA card untuk digunakan dalam operating system SUSE Linux 11.1 bagi menjalankan fungsi KWIN dimana KWIN merupakan module untuk memaparkan animasi GUI 3D dalam Linux.

Untuk review tentang Open SUSE 11.1 sila ke halaman ini : http://www.opensuse.org/en/

Dibawah ini dinyatakan langkah untuk install driver tersebut:

Langkah 1:

Semak status driver anda.

Start->Applications->System->Configuration->Configure X11 System (SaX2).

Lihat gambarajah:


Langkah 2:

Seterusnya ikuti langkah untuk mendapatkan Driver NVDIA anda di halaman ini :http://en.opensuse.org/NVIDIA

Ulang langkah 1 untuk memastikan driver telah berjaya dimasukan.

Setelah berjaya maka bolehlah anda mencuba untuk menjalakan fungsi 3D yang disediakan.

Untuk kongfigurasi 3D desktop :

Start->Applications->Configure Deskop->Desktop

Disini anda bolehlah mencuba fungsi-fungsi 3D mengikut citarasa sendiri dengan memilihnya pada Tab All effects yang disediakan.

Berikut adalah 3D box yang telah berjaya dijalankan.

p/s:

Untuk mengelakkan sebarang permasalahan semasa menggunakan open source suse ini adalah disarankan supaya pengguna menggunakan grafik kad keluaran ATI, ini adalah kerana ATI ada menyediakan driver untuk digunakan dalam penggunaan open source system.

Sebelum mengakhiri posting ini dibawah berikut adalah url untuk mendownload codec bagi pengguna yang mahu memainkan lagu2 mp3 dan juga DVD movie pada sistem Linux anda.

http://opensuse-community.org/codecs-kde.ymp

Sekian.

Selamat Mencuba.

LINUX in 3D it just MORE than what you can expect instead of WINDOWS...!!!

Khamis, 19 Februari 2009

2.0 Jangan sekadar pandai berkata-kata.. GENG THE MOVIE!!


wAA...mcm sampan pecah..lama sudah aku tak masuk blog aku sendirik ..hik hik hik..
Ini suntingan pertama blog aku di era 2009...hwa hwa hwa..dasar memblog sesuka hati..bila sayang manja-manja kan ..bila tak suka tinggal-tinggalkan. Yg sebetulnya aku takde modal nak membloging :))

Ok yang membuatkan aku tetiba nak menaip nie ?? sbbnya aku baru jer lepas layan citer GENG THE MOVIE!!!! biarpun aku tahu hampir semua blog kat mesia penuh dengan komen pasal hal nie..tetapi aku tetap juga masuk campor..Nak jugak.. nak jugak.. Nak dengar ape komen aku..JOMM!!!

1. 1st time dalam hidup aku rasa rugi kalau aku tak jadi rakyat mesia..
Nak tau kenapa...aku nangis bila dapat tahu mesia kuarkan movie 3D animation guna bajet 4 juta jer??..
Memang outstanding...!!! cuba korang bayangkan 4juta tue dibagikan pada pengeluar filem2 'cinta' yg wujud dalam industri filem mesia nie ..aduh makkk..sakitnya ati kan?...aku bukan nak mengkondem..tapi waa turut malu dengan diri waa sendiri sbb waa tak mampu nak jadi pengarah filem.

Takde keje lain ..cinta..cinta..cinta..asal awek cun ckit jer..bersepah gie tengok.. kurang 6 bulan dah kuar kat TV..adusss..sardis giler beb!!

Itu bukan meng-entertaint orang namanya..itu kerja kelam kabut..tak pernahnya nak pikir ati dan perasaan orang lain bila nak buat filem.. buat filem ikut trend..buat filem sbb nak duit..buat filem tiru karya orang, tak abis2 duduk takok tue jer.

Ckup..ckup..cukup sampai disini aku kondem industri filem negara..konon2nya macam la aku nie bijak pandai nak campur tangan dalam hal2 nie. Walau apa pun..waa tetap warganegara malaysia yang inginkan kejutan..inginkan kelainan.. dan ingin turut serta untuk menyumbang dan menyokong demi memajukan industri filem negara kita. tolong..tolong..jangan biarkan rakyat malaysia nie dirasuk oleh cerita-cerita indon..cerita-cerita aksi amerika..cerita-cerita hantu dari thailand..Nak buat macam mana..dia orang buat kerja teliti..pastu pulak kreatif dan ambil serius.. Habis tue kita di Mesia tak serius ka??

Ok..ok sekian ..sekian..

2.Berbalik semula pada reaksi aku bila dapat layan Geng The Movie..

Terus terang waaa cakap kat sini..aku salute dengan kerjasama antara team produksi filem tersebut..Lu orang..memang mantap. This is the 1st filem derang. .bayangkanlah apa akan jadi kalau derang dapat kuar yang the next one. Kompom kaya tokey filem hwa..hwa.. hwa..

Cukup garamnya..cukup perisa..tak memerlukan ajinomoto..Hasil kerja korang..muaaaachhh.. aku rasa tak akan ade sorang pun rakyat mesia akan regret bila beli tiket kat panggung tue..

Well apa kata kalau aku komen berdasarkan pecahan berikut:

#Skrip:
Penulisan skrip dan dialog yang cukup superb and naturaly malaysian..tak keterlaluan..cukup adunan dalam mempersembahkan malaysia sebagai negara yang berbilang kaum.

#Penyampaian & Lakonan:
Gaya dan personaliti watak animasi yang tersendiri..membolehkan mereka terus tampil sebagai suatu LABEL unik dan tersendiri sepertimana wujudnya watak2 animasi Disney.

#Jalan Cerita:
Pada aku..mereka di team produksi sudah tentu mempunyai idea-idea yang terlalu banyak dan menarik..sehinggakan apa yang dapat kita saksikan dalam filem tersebut merupakan hanya sebahagian dari apa yang dapat mereka sampaikan dalam shot yang hanya dihadkan masa 90minit. Jika berkesempatan aku pasti..mereka mahukan yang lebih baik dari apa yang telah dipersembahkan.Walau apa pun jua..tahniah..ini adalah permulaan buat Malaysia..

#Sinematografi: (ntah betul ke salah ejaan aku nih)
Bermaksud..panorama..shot..dan pengisian objek-objek dalam setiap shot dan keadaan sekeliling. Pada aku ckup membanggakan..tidak mengabaikan pergerakan-pergerakan dipersekitaran yang lain ketika kamera memfokus watak utama..kerja yang teliti untuk memastikan alam semulajadi yang wujud dalam shot hutan mahupun shot kampung tersebut semuanya hidup. Takde la aku nampak daun tue keras jer..masa kamera tengah memfokus Ipin bercakap. Ataupun lembu si Rajoo tue keras jer bila dia tengah bercakap dengan Badrol dan si Lim. Cumanya..apa yang dapat aku dapat lihat..sesi Sinematografi itu masih boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan ia benar-benar lebih hidup dan harap dapat dipertingkatkan lagi. Walau apapun tetap beri Kredit pada team produksi kerana usaha yang ckup menampakkan hasil. Jangan anggap rakyat mesia nie tak ambil berat dan tidak teliti tentang hal-hal demikian..lain orang lain cara penilaiannya.

#Ciri-ciri tempatan:
Tahap pengisian yang paling aku respect..kesemua pantulan-pantulan persekitaran dalam shot adalah merupakan ciri2 KeMelaysiaan. Dengan cermin side mirror karat dkt moto buruk tue, sememangnya moto tersebut wujud di kampung2, pastu pulak menampilkan jenama-jenama binatang tempatan seperti ayam kampung,angsa kampung, lembu dan lintah , tak kurang jugak dengan buah-buahan dan makanan tempatan,topi si Lim dengan label "Visit Malaysia", aku pasti derang ambil berat tentang hal-hal sedemikian dan tak lupa juga Jenama Bas yang derang letakkan tue..korang tak perasan ke Omni Bus..jenama bas tempatan tue.. :P

Dan yang terakhir..

#Kesan pada wang ringgit (Value for money):
Memang tak rugi apapun lah..!!! kalau rugi meh aku tolong bayar balik kat korang.

Itu sahajalah yang dapat aku conteng untuk sesi membloging aku kali ni..sesi seterusnya tak tahulah plak bila nak muncul..

Sebagai kesimpulan:
Kalau kita berkerja..maka lakukanlah kerja tersebut dengan teliti dan berkualiti
Janganlah ingat nak lepaskan batok ditangga ajer..
Jadilah rakyat yang profesional dalam mempersembahkan hasil kerja kita.
Cakap banyak pun tak guna..aku sendiri rakyat malaysia..kita sumer rakyat mesia
jadinya kita sendiri tahu apa yang kita ada pada diri sekarang..
Selagi ada peluang untuk mengelat mahupun ada jalan pintas..itu yang akan kita pilih dahulu..

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN "GENG THE MOVIE" anda sedikit sebanyak telah merubah peradaban malaysia yang kaput kepada Malaysia yang lebih bersedia dalam menuju misinya ke Tahun 2020.

p/s:
Walaupun ada sesetengah pihak menganggap diri mereka adalah yang terbaik..sekali sekala cubalah muhasabah diri sendiri adakah anda mampu untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh warga kerja produksi Upin & Ipin tersebut.

Zasssss!!!