Halaman

Jumaat, 19 Disember 2008

1.9 Hells nothing wrong..Its A mission???

Get a PRESS..get a REPORTER..get it ON AIR..no matter how you spread it out, you will get the revenge for it !!! Itu nada sogok jer. Nada orang yg semangatnya berkobar-kobar nak mempertahankan bahawa segala tindak tanduknya betul disamping untuk mendapatkan perhatian dari orang ramai.

Adakalanya perlu suara2 dari media semasa untuk meluahkan segala tindak tanduk yang di fikirkan benar. Why not..but still lor.. use the proper channel of course. Ini tidak, digunanya surat layang untuk porak perandakan orang..apa mission? Now kan dah susahkan diri sendiri, JANGAN..JANGAN suka-suka nak pijak orang. Kau yang tak dapat perhatian, just deal with yourself, dont drag others into the matters.

Bukan suara marah, bukan suara memprotes, hanya suara untuk membuka selera makan. Dah 2 hari tak dapat nasi, asal tengahari jer bantai KFC. Tak ke kaya Tok Janggut tue !!!
Ini bukan kesah orang makan ayam, ini kesah orang makan orang. Orang yang dikategorikan hidup tak senang kalau tak dapat layanan sempurna dari masyarakat sekeliling. Kalau layanan tue untuk memper eratkan silatulrahim takpe, ini idak, menanti layanan yang pada dasarnya hanya nak penuhkan kocek sendiri.

Kes nie mula terjadi tanpa disedari, sebuah organisasi besar dengan nama nya yang GAH! memiliki menara berkembar tertinggi di MALAYSIA. Aku kecilkan skop terus menjurus kepada satu organisasi kecil yang wujud didalamnya. Kebetulan aku pula dah lama tak jejak kaki kat situ, tetiba saja dapat 1 panggilan. "Bro aku nak minta tolong.. kes besar, project owner n Head of Security Department request utk jumpa kau, please be here as soon as u can, Tq bro!"

Lambat sikit dari Ambulan, cepat sikit pada Bomba..12.33H aku terpacak depan Burger King tempat perjumpaan hujung arah belakang sekali, sudut korner sebelah kanan. 2 Big Boss + 1 member + aku. Kali nie Jr. Whooper dah memadai untuk aku isi ruang2 sengsara sejak aku tak ambil breakfast pagi tue. Nak letak sos ke? tak perlu..sbb tiap kali aku berada di mana2 restoran fast food ,sudah memadai bagi aku sos yang dah ada pada Whooper tersebut. "Save The Sauces Save The World".

Perbincangan dimulakan, kinda suprise, but surely, still not really. To get a picture aku terangkan sikit situasi dan objek yang terlibat secara lansung dalam misi ini. Kalau di Suria KLCC sekuriti yang jaga disekeliling uniformnya kaler puteh. Tapi disini kes adalah melibat kan maruah dah identiti si pemakai Uniform berwarna Biru, yang tiap hari kita nampak berlegar di sekitar menara berkembar, tiap kali membantu dan memerhati tiap penjuru bangunan tersebut bagi memastikan moto keselamatan dan keamanan disitu terjamin.

Agak terang objek yang aku dedahkan ini, malahan kali ini maruah adalah melibatkan kepala(Head) yang teratas dan bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera uniform biru tersebut. Kehadiran surat layang yang menyalakan api pada setiap kerusi utama , menjadikan kesemua bos-bos tak senang duduk. Dikenalpasti surat tersebut tanpa penama malah ternyata datang dari sumber dalaman, berbentuk emel, dihantar bagi membongkarkan kelemahan sistem pengawasan yang diguna pakai diseluruh menara tersebut.

Oh yer ke..aku mengangguk, selama ini itu la keje dia ?. Kurang kasih sayang la tue. Apa yang boleh saya bantu sekarang nie?

1 Notepad, Kilometrico kaler biru dah memadai sebagai penangkis kepada segala permasalahan yang terjadi nih. Aku mula menulis dengan hasil tangan yang original, mula mengeluarkan satu persatu penyalahgunaan kuasa yang melibatkan mamat (si penghantar surat layang tsbt). Hasil conteng aku tersebut, terus dihantar ke Corporate Security Department KLCC. Beserta tarikh, berserta tandatangan.

Apa yang ingin dijelaskan di sini, Allhamdulillah, hasil kerja aku tue, sedikit sebanyak...

#Telah menyebabkan 20 orang pengawai beruniform biru tersebut di soal-siasat bagi membantu kes.
#Solat hajat dilakukan bagi menakut-nakut kan si penghantar.
#Peningkatan taraf pengurusan dalam organisasi tersebut, lebih teliti, lebih telus dan lebih union.

Aku sebenarnya tak pasti apakah tindakan aku ini kadang2 lebih meyulitkan keadaan? Sehingga sekarang tukang siasat yang bertangungjawab untuk menyelesaikan kes ini masih tercari-cari siapa aku. Aku pun tak pula bernafsu untuk memperkenalkan diri sapa aku. Ckuplah dengan apa yang aku lakukan dapat meleraikan sengala sengketa yang berlaku di sana. Si penghantar surat layang telah dipindah keluar dari organisasi tersebut. 99% maklumbalas siasatan dari semua ahli beruniform tersebut kesemuanya sudah lama agak mencurigai kredibiliti objek yang bersalah tersebut semasa bertugas. Maka terbukti kata-kata aku seperti diatas

"Just deal with yourself, dont drag others into the matters."

sebab tiap kali kau mengheret orang lain masuk untuk layan dan masalah engkau.. pastikan dahulu engkau tak DiSeret keluar angkara menyusahkan orang-orang yang tak terlibat disekeliling.

Aku bukan AHLong..aku sekadar menolong. :)

Rabu, 10 Disember 2008

1.8 Salam Kembali..

Assalamualaikum..


ish macam nak tulih surat plak.. maaf dengan pemergian yang agak lama, hilang dok celah batu mana tak tau.. Last skali dapat gak aku hadap kembali benda nie.. Tak panjang kesahnya ..pendek jer.. kesnya aku sibok..sibok melayan karenah ibukota yang tak henti2 dok kacau aku.

Ok..Sedikit hal nak dikongsi bersama, malam raya aid adha, aku balik la mcm semua org jugak, balik kg di kedah, ikot la HIGHWAY PLUS. Kete aku yang tip top condition baru kuar workshop tue meluncur belah semua kenderaan tayar2 4 yang lain. Tiba2..

120Km/J... pom..pom..pom.. kete aku mati daaa.. pusing strereng ke kanan. Stop kat tepi jalan yang gelap gelita dan hujan renyai2. Aku amik tiket n Call PLUS..

Ini baru citer sebenarnya..

Kononnya dengan 2 biji 4 WD datangla PLUS (penyelamat) dengan lampu lip lap dia.. nak meRescue. Tak yah la nak percaya dengan derang nie.. derang manusia jugak.. tak lain tak bukan aku lah mangsa mereka.

AKU: En. tolong towing kete saya kuar ke tol rawang tu jer bole?
PLUS: Jap kite check, kalau tak awak trus bawak ke workhsop je trus lagi senang kan?
AKU: En. Saya tak mau ke mana2 workshop..saya nak towing kuar tol rawang je.
PLUS : Haah nie minyak tak naik nie, nah amik tepon nie ckap dengan towing nyer org cakap awak nak bawak masuk wokshop mana?
AKU : tgh hairan..
PLUS : Bagi no tepon kat dia ..nanti dia towing gie workshop repair trus leh jalan malam nie..
AKU: saya tak jalan malam nie pun takpe.. saya nak bw masuk workshop saya sendiri bole?
PLUS: cakap je kat dia..
AKU : Dengan malas nak masuk campur lagi.. Halo! apek..lu towing angkat brapa?
APEK: RM100 trus masuk workshop kita buat malam nie..
AKU: Lansung tak percaya..
AKU: K En. Dah beres EN.
PLUS: Ok yer ..dah coutim..kita tinggal kon nie nanti towing datang k.
Lepas jer derang blah.. aku call lagi skali TOL FREE PLUS..
AKU: En. Tolong hantar kete towing plus yang bole towing saya keluar ke tol rawang sahaja, apa menda pergi hantar orang yang asyik nak coutim masuk workshop jer nih?
PLUS: Ok ok En. biar saya check dulu.
PLUS: Halo En. Tadi dah ada orang datang tengok kan?
AKU: Saya faham en. tapi en. bole tak tolong bagi PERKHIDMATAN yang cemerlang sikit, saya bukan nak workshop , saya nak towing servis plus bawak kuar KETE nie ke tol RAWANG. Bukan nya coutim workshop untuk saya, saya ada bengkel FREE OF CHARGE PAHAM!!!

Korang nak tau kesudahannya, PLUS lansung dah tak layan aku.. dibiarkannya aku lebih sejam dekat situ tanpa menghantar mana2 towing services lagi.

Aku pun tahan la kete towing yg legar tepi jalan, so kene CAJ RM50 just untuk bawak kete aku kuar ke tol rawang. Tak kisahlah camna aku survive repair kete dengan member aku kat tol rawang tue. Tapi yang pastinya.. APA NAK JADI DENGAN MASYARAKAT MELAYU NIE??? KEJE YANG SEPATOTNYA UNTUK BERKHIDMAT DEMI MASYARAKAT DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. SIAP DI COUTIM DENGAN APEK UNTUK DAPATKAN KOMISYEN. APA CITER NIE????

PEGI MAMPUS KO PLUS... yang penting aku survive..

KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT AKU KALI NIE AGAR PERKARA INI TIDAK BERULANG PADA MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN BANTUAN. PADA AKU, aku masih dapat bertindak , tapi macam mana pada mereka yang betul2 memerlukan khidmat tu dan pada masa tue pula kocek kosong MACAM MANA?

TOLONG JANGAN BAGI MUKA LAGI PADA MEREKA2 YANG CARI MAKAN TAK SEBERAPA SEN NIE DI TEPI2 HIGHWAY LAGI..

*sedikit tambahan cerita.. sebelum aku dapat towing yang bawak aku kuar tue.. ada satu cina towing juga singgah, dia tanya lu tunggu apa? aku cakapo tunggu towing PLUS yang dah dicoutim. Cina tu cakap.. lu jangan layan itu semua mau kasi lu mati saja, CAJ ikut suka ati, lu anta lu mati, esok pun kete lu belom tentu bole jalan. Skarang lu pegi panggil itu PLUS punya towing suruh bawak kete luar pergi keluar FREE OF CHARGE.

Yang kat atas tue plak..kesah cina pancong cina hahahah..mcm2 hal..

ADIOS..korang pikirlah sendiri K!!!!